MY Labels

1 Malaysia (11) 18 SX (13) Aaron Aziz (2) Abby Abadi (6) Aduan Rakyat (6) AIM (2) Air Kencing Tikus (1) Airasia (3) Aishwarya Rai (1) Aizdean (1) Akedemi Fantasia (19) Akta 118 (3) Aminulrasyid Amzah (1) Ammar Alfian Aziz (1) Anak Artis (6) Anang Hermansyah (1) Anugerah Bintang Popular (6) Anugerah Malaysia (43) Anwar Ibrahim (26) Ariel Peterpan (1) Ariff Alfian Rosli (1) Artis Bertudung (6) Artis Bertunang (6) Artis seksi (6) Awal Ashaari (1) Aznah Jamil (1) Barisan Nasional (2) Bersih (4) Blog For FT (2) Blogger (1) BN Youth Volunteers 2012 (3) Boycott Google (1) Buang Bayi (8) Cara Membuat Blog (1) Cerpen Dan Puisi (7) cinta (1) Cuepacs (1) Cut Tari (1) Dalam Negeri (327) Datuk Sosilawati (1) Digi (3) Duda (1) Ekonomi (19) Erra Fazira (1) Euro 2012 (1) Facebook (5) Fafau (1) Fahrin Ahmad (3) Farau (1) Fasha Sandha (4) Felda (1) Fesyen Artist (18) Gambar Artis Cun (52) Gambar Baby Artis (3) Gambar Bulan Madu (1) Gambar Pelik (14) Gangnam Style (1) Georgetown (1) Gerakan Belia 4B (4) Gossip Panas (364) Harga Minyak (3) Hari Belia Negara (1) Hiburan (455) Ibu (2) Influenza H1N1 (9) ISA (3) Islam (5) Isu Gay (16) Isu Mak Nyah (13) Isu Pelacur (2) Isu Pengkid (6) Isu Semasa (216) IT Computer (4) Japan Tsunami (2) Jawatan Kosong (125) Jus Diet Mate 5 (2) K-pop (1) Kakitangan Kerajaan (13) Kemalangan Jalanraya (1) Keputusan Vote (15) Kerajaan Malaysia (42) Kes Benjy (2) Kes Bunuh (4) Kes Dadah (2) Kes Khalwat (6) Kes Liwat (3) Kes Penceraian Artis (36) Kes Penderaan (1) Kes Polis (122) Kes Rogol (9) Kesihatan (37) Khunsa (1) Kris Dayanti (2) Kuching (2) Kuih Kapit (1) Lady Gaga (2) Lahad Datu (4) Laser Cik Gayah Kebaya (25) Lawak (6) Layan Album (13) Layan Drama (17) Layan Filem (24) Layan Taufan (8) Lelaki (2) Luar Negara (361) Luna Maya (2) Maksiat (2) Mania Astro (2) Marshanda (1) Mat Rempit (3) Mawi (3) Melodi Tv3 (5) Meninggal Dunia (8) Mentor (12) Mface (1) Michael Jackson (4) Mizz Nina (2) My Starz LG (4) Nafkah (1) Najib Razak (9) Nak Kurus (1) Neelofa (3) Nick Pitera (1) Nik Aziz Nik Mat (1) Nora Danish (2) Nuklear (2) Nur Fazura (1) OIAM (16) Orang Terkaya di Malaysia (2) Pakatan Rakyat (19) Palestine Gaza (9) PAS (3) Pelaburan SwissCash (1) Penang (12) Pendidikan (5) Pengetahuan (102) Pengganas Sulu (4) Pengurusan Kewangan (3) Perhimpunan Oren (1) Perkahwinan Artis (34) Personal (54) Perspektif Islam (33) Pewaris (2) Piala FA (1) PKR (2) Politik (177) Prihal Artis (243) Profile Artis (7) Projek Perumahan Terbengkalai (3) Promosi (31) Proton Inspira (1) PRU 13 (4) PTPTN (2) Pusat Inovasi (3) Putrajaya (7) Ramadhan (5) Resepi Masakan (4) Rita Rudaini (2) Rosmah Mansor (1) Rossa (1) Rozita Che Wan (12) Rumah Urut (1) Saiful Bukhari (1) Saman (13) Sarawak (1) Shila Amzah (2) Simplysiti (10) Siti Nurhaliza (88) Sukan (23) Sumpah Laknat (1) Syabas (1) Syawal (2) Tabung Amal (1) Tanah Runtuh (2) Teater (1) Teka Wajah Artis (6) Telur Tiruan (1) Tips Diet (8) TOP SUPERB BLOGGER (9) Tun Mahathir (33) TV 3 (9) Ubat Kuat (1) UMNO (17) Uncle Seekers (1) Video Pilihan (31) Video Seks (6) Wardina (3) World Cup 2010 (1) Yasmin Ahmad (9) Youtube (12) Ziana Zain (6)


SELAMAT DATANG KE BLOG FIQ ONLINE.
www.fiq-life.blogspot.com



Parti mana yang akan Menang Besar PRU 13?

10 February, 2009

Amy Winehouse cuba buang tabiat buruk






Penyanyi bermasalah Amy Winehouse mungkin telah cuba sedaya upaya untuk mengubah cara lamanya tapi ramai yang maish tidak percaya.

Amy yang selalu dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dan perangai buruk serta mabuk hingga memudaratkan orang sekeliling dilihat cuba memanjakan dirinya dengan membuat rawatan penjagaan kulit yang mahal menurut manager sebuah resort mewah di Carribean.

Amy yang pernah melalui pemulihan akhlak telah menghabiskan masanya di bawah matahari di Le Sport Spa hotel in St. Lucia dari bulan Disember.

Amy juga telah berikrar yang dia akan berubah pada tahun ini dan tidka akan lagi menjadi kaki botol atau penagih dadah.

Kata pengurus resort Andrew Barnard, Amy akan ke klinik kulit atau spa setiap hari dan kesannya sudah mula menampakkan diri.

"Malah kami telah cuba suruh Amy ber'diet' dan melakukan senaman kerana dia kelihatan benar-benar tidak sihat ketika mula-mula dia sampai ke resort ini," kata Andrew.

"Tapi kini lebih kuat dari segi mental dan fizikal. Dia sudah melalui banyak rawatan kulit dan kesannya amat menakjubkan," katanya lagi.

Amy pernah dilaporkan sebagai tetamu dari neraka apabila tabiat minumnya menyebabkan dia berkelakuan agresif sehingga membuat lain-lain tetamu di resort itu mula meluat dengan perangainya yang merampas minuman dari mereka.

Malah, ada satu ketika dia hampir dihadapkan dengan tuduhan mencederakan pelancong wanita di resort tersebut kerana membaling gelas ke arah wanita itu.

"Itu hanya pada mulanya saja tapi dia adalah seorang yang menawan sebenarnya..."

Siti Saerah Tindik Lidah???





Siti Saerah kini timbul dengan style yang terbaru, yang sebelumnya mengayakan aksi seksinya di pejabat. Kali ini dia menindik di bahagian lidahnya. Yang lebih sedih lagi tu, dia menyanyikan lagu ketika konsert yang diadakan pada 2 Feb 2009, Karnival Doa Untukmu Palestin dengan berstyle sebegini.

Credit : Izyan

Waran tangkap Adun Changkat Jering Perak Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu





Mahkamah Majistret Ipoh mengeluarkan waran tangkap terhadap Adun Changkat Jering Perak Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan ahli perniagaan Usaili Alias kerana tidak hadir kes rasuah projek pembangunan bernilai RM180 juta.

Penantian 3 tahun berbaloi - Amylea Azizan




KETIKA ini, tentunya hati Amylea Azizan berdebar-debar apabila dia diumumkan seorang daripada peserta Top 20 pertandingan nyanyian paling mahal di Malaysia, One In A Million (OIAM) musim ketiga. Selepas Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, inilah rancangan realiti kedua buat penyanyi genit terbabit.

Apakah tuah angka tiga sekali lagi menyebelahi gadis berbakat ini? Jika di AF dulu, dia berjaya melangkah hingga ke final, adakah angka tiga pada OIAM membolehkannya sekali lagi beraksi pada peringkat akhir pertandingan berkenaan? Tentunya masih terlalu awal untuk peminat membuat ramalan, apatah lagi musim terbaru rancangan itu sendiri baru saja disiarkan 8TV.

Masih jauh perjalanannya dalam rancangan realiti yang pernah menobatkan nama Suki dan Ayu Damit sebagai juara itu. Namun, jika rezeki menyebelahi, tidak mustahil penyanyi berusia 22 tahun ini mampu melangkah lebih jauh dalam pertandingan yang penuh berprestij itu.

Ketika debaran Amylea pada pertandingan itu makin memuncak, keresahan menunggu album sulungnya muncul di pasaran nampaknya sudah terurai. Album perdana yang diberi judul Selepas 3 akhirnya berada di rak kedai muzik setelah sekian lama proses pembikinannya dilakukan.

"Selama tiga tahun saya berusaha menghasilkan album ini. Ia satu tempoh yang agak panjang. Pada ketika rakan lain sudah pun muncul dengan album pengenalan mereka, saya pula bagai teraba-raba. Syukurlah, sekarang semuanya sudah berlalu dan satu kelegaan yang amat sangat kini cukup dirasa. Segala penat lelah yang dicurah bagai berbaloi apabila peminat dapat juga menikmati kesemua lagu yang dimuatkan di dalamnya," katanya.

Kini, dia sabar pula menunggu reaksi peminat terhadap hasilnya. Jika dilihat kepada barisan pencipta lagunya, tidak ada sebab untuk Selepas 3 gagal menambat hati peminat. Daripada komposer yang pernah mencipta nama pada pertandingan seperti Azlan Abu Hassan, Audi Mok, Hazami dan Afdlin Shauki, sehingga pencipta berbakat yang semakin disegani termasuk Pacai, Joe Flizzow dan dirinya sendiri, album berkenaan bagai menjanjikan kepuasan tersendiri untuk pembeli.

"Kesabaran saya selama menunggu album ini dipasarkan rasanya berbayar. Saya berpuas hati dengan hasilnya, walaupun mungkin banyak lagi yang boleh dipertingkatkan pada album akan datang.

"Menghasilkan album ini sendiri satu pengalaman amat berguna lagi berharga. Selama proses itu berjalan, saya banyak mempelajari cara sesebuah lagu dan muziknya disusun, dirakam dan seterusnya diadunkan. Daripada lagu pertama yang dirakam, Andai, ciptaan Hazami kira-kira tiga tahun lalu, saya mengutip segala pengalaman untuk membentuk diri sendiri sebagai produser berjaya satu hari nanti," ujarnya.

Jika sebelum ini kerap kali Amylea melahirkan kegusaran serta kekecewaannya akibat cukup lama menunggu buah yang bagai tidak gugur ke bumi, sekarang semua itu tinggal memori.

Tidak berdiam diri ketika menunggu album sulung menjadi realiti, Amylea mengasah bakat sebagai pencipta menerusi beberapa lagu untuk drama bersiri. Pada mulanya dia menghasilkan lagu rancak Aku Sindarela untuk siri popular Sindarela lakonan Bront Palarae dan Sharifah Amani, siaran TV3.

Baru-baru ini, dia mencipta pula irama indah berjudul Akan Tiba, nyanyian Alif Satar, yang juga seorang lagi produk muda berbakat rancangan OIAM. Selain Alif, turut menyanyikan lagu tema siri Rona Roni Makaroni siaran Astro itu ialah Amylea sendiri bagi versi akustik dan Flava untuk versi R&B. Single Akan Tiba dikeluarkan Amylea bersama Isma Yusoof dan Ash Bau.

Mengaku amat menyintai dunia ciptaan lagu, begitupun Amylea berasakan masih terlalu awal untuknya mencanang nama sebagai komposer. Justeru, dia banyak menyimpan karyanya ‘di rumah’.

"Cuma sejak akhir-akhir ini, dengan sokongan kawan baik seperti Isma dan Audi, saya mula rasa bagai ada keyakinan untuk lebih serius dalam bidang penciptaan ini," katanya yang dikatakan turut menghasilkan sebuah lagi lagu untuk drama siaran TV3.

Nampaknya, bakat milik Amylea tidak rela dilepaskan begitu saja oleh penerbit drama. Apatah lagi apabila lagu ciptaannya bagai senang sekali melekat di hati peminat. Lihat saja bagaimana orang ramai mudah menerima Aku Sindarela dan Akan Tiba.

"Apabila saya diminta menghasilkan sesebuah lagu untuk drama bersiri, saya pastikan diberitahu terlebih dulu jalan ceritanya. Ia membantu saya mencipta lagu yang sesuai untuk drama berkenaan. Cara itu nyata lebih memberikan kesan, daripada saya menciptanya tanpa ada sebarang rujukan," ujar Amylea.




INFO: Amylea



AMYLEA ialah bintang realiti TV Astro Ria, Akademi Fantasia 3 pada 2005. Dia dilahirkan pada 26 November 1986 di Hospital Besar Alor Star. Dia mula menjejakkan kaki di alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani (1) manakala sekolah terakhir, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, Langkawi.


PENYANYI ini menetap di Langkawi pada 1990 ketika berusia 4 tahun dan berulang-alik sehinggalah keluarga menetap terus pada 2001. Ketika berada di tingkatan 5, Amylea bekerja sebagai deejay sambilan di Radio Langkawi selama setahun.


AMYLEA mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dalam aliran sains matematik, tapi kurang berminat. Kecenderungannya lebih kepada dunia muzik.


APABILA ibunya sakit, Amylea menggantikan tempat ibunya di Sheraton Perdana sebagai penyanyi. Di situ, dia menyanyi enam hari seminggu selama setahun.


ANTARA pencapaiannya ialah muncul dengan album Selepas Tiga (Januari 2009), menghasilkan single Akan Tiba Rona Roni Makaroni, single Aku Sindarela, single Andai Kerna Pasti, Top 5 ABPBH 2006 kategori Artis Baru Wanita Popular, duta Maggi Slurrpp, terbabit dalam penghasilan album Evo 05 dan Salam Raya AF3.


PALING baru, dia berjaya melangkah ke Top 20 OIAM siaran 8TV. Amylea juga aktif menjayakan pelbagai program anjuran Biro Karyawan Muda.


SELAIN Aku Sindarela (menampilkan Andika), album Selepas 3 juga membariskan lagu Andai, Luar Biasa, Bukan Cinta (menampilkan Azan Ad-Din), When We Dance (menampilkan Sona), Ku Temui, Dari Mula, Menari, Aku Sindarela (menampilkan Sharifah Amani).



09 February, 2009

Video Pilihan : Bukti - Fiq



Video pilihan kali ini ako pamerkan lagu Bukti nyanyian Fiq.. auwwww! hehehe semua orang kenal siapa fiq kan, dia adalah juara Mentor. so, pasal kelebihan lagu ni, korang comment sendiri! Okey!


ADUN Bukit Selambau letak jawatan Exco




Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam telah meletakan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri berkuatkuasa serta-merta.

Menurut beliau, surat peletakan jawatan itu dihantar terus kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah dari Kuala Lumpur selepas ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin parti berkenaan.

Mengenai jawatan ADUN pula, Azizan berkata, setakat ini Arumugam hanya meletakan jawatannya sebagai Exco dan tidak menolak kemungkinan beliau akan berbuat demikian.

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia



Anggota Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari Pas meninggal dunia hari ini, Setiausaha Agung Pas Datuk Kamaruddin Jaafar mengesahkan.

Anwar tidak layak jadi pemimpin PKR - Karpal





PULAU PINANG - Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor turut mengecam ketua pembangkang itu kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti).

"Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya. Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di sini bagi mengulas laporan polis oleh Pemuda UMNO berhubung kenyataannya untuk mengemukakan saman terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung peralihan kuasa di negeri itu.

Karpal turut menegaskan bahawa Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam PR hari ini.


Bukan Editor Yang Ku Cari, Tetapi Ahli Perniagaan Menjadi Pujaan Hati Ku - Kisah Cinta Darling Ngasri



Darling Ngasri pernah mencuri tumpuan umum di’sebabkan kisah cintanya yang tidak kesampaian dengan seorang editor hiburan akhbar tabloid, kini sudah menemui cintanya yang baru. Bukan calang-calang orang yang di’minatinya, lelaki yang bertuah itu adalah seorang ahli perniagaan dari negeri Melaka!

Bertuah darling dapat ahli perniagaan, mungkin jodoh dia kot. Pembaca perasaan tak kebanyakan artis bernikah dengan ahli perniagaan? Opss pembaca comment sendiri lah yer!

Nikah Aziz tak sah




Gara-gara mengaku dirinya masih anak dara, perkahwinan seorang ustazah, Nor Radhiah Ramli, 23, dengan pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman, 47, pada Ogos tahun lalu diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Pengakuan itu dibuat Nor Radhiah semasa hari pernikahan dengan Aziz pada 16 Ogos tahun lalu yang menyatakan: "Saya adalah seorang anak dara dan saya sekarang tidak menjadi isteri sesiapa dan tidak di dalam edah sesiapa.''

Sedangkan menurut Ketua Hakim Syarie, Datuk Ismail Yahya, pengakuan itu ditandatangani wanita tersebut hanya 20 hari selepas perkahwinan dengan suaminya yang terdahulu dibatalkan Mahkamah Rendah Syariah pada 28 Julai tahun lalu.

"Ini bermakna Nor Radhiah tidak menjalani tempoh edah selepas perkahwinan dengan bekas suaminya itu disahkan batal oleh mahkamah.

"(Sepatutnya) sebagai akibat berlakunya persetubuhan syubhat antara Nor Radhiah dan suami terdahulu, diwajibkan ke atas pemohon (Nor Radhiah) beredah tiga kali suci mulai 28 Julai itu,'' katanya ketika membuat keputusan itu semalam.



08 February, 2009

Karpal Singh Saman Sultan Azlan Shah - Dr. Mahathir terguris

Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berasa terguris hati dan kurang senang dengan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu memfailkan saman ke atas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, secara peribadi beliau tidak suka dengan hasrat Karpal tetapi hairan kerana orang Melayu sendiri nampaknya menyokong tindakan itu.

“Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan demonstrasi berenang dalam kolam peribadi bersaiz kecil yang dikeluarkan oleh firma tempatan, SmartPools Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, sudah ada segelintir orang Melayu sanggup menderhaka kerana fahaman politik walaupun jelas tindakan sedemikian tidak menjadi amalan rakyat negara ini.

Katanya, walaupun undang-undang membenarkan tindakan saman seperti itu dilakukan, pembangkang harus menghormati budaya rakyat negara ini.

Ditanya mengenai demonstrasi jalanan yang berlangsung di hadapan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam, Dr. Mahathir berkata, perbuatan itu juga bukan budaya rakyat Malaysia.

‘‘Perbuatan itu tidak beretika dan ini bukti pembangkang tidak hormat undang-undang, esok kalau mereka jadi kerajaan, polis pun mereka akan tangkap,” katanya.

Mengenai saranan banyak pihak supaya akta anti lompat parti digubal bagi membendung budaya lompat parti, katanya, Malaysia mempunyai undang-undang dan rakyat boleh mengubahnya mengikut keperluan dan saluran yang betul.

“Dulu UMNO juga ada buat surat meletak jawatan jika lompat parti tetapi amalan tersebut tidak sah mengikut undang-undang.

“Kalau tidak suka peraturan dan undang-undang yang ada, boleh tukar,” kata beliau lagi.

Gambar Mawi Ikin di Korea - Honeymoon




Pakej percutian Mawi dan Ekin itu ditaja oleh Korea Tourism Organization (KTO). Mengikut pakej yang ditawarkan, mereka telah terbang ke negara indah itu dengan Korean Air dalam Kelas Perniagaan.

Sampai di sana mereka menginap di sebuah suite yang cantik di Hotel Lotte, Seoul dan Hotel Chuncheon Sejong Hotel ketika di Wilayah Gangwon.

Antara aktiviti yang telah diatur buat pasangan pengantin baru itu adalah melawat Rice Cake Museum, belayar dengan cruise di Han River, bermain ski di kawasan pergunungan Gangwon, bersantai di Nami Island dan membeli-belah di Dongdaemun.

Pastinya bulan madu di Korea Selatan itu meninggalkan kenangan paling indah buat Mawi & Ekin. Mereka juga bercadang untuk menunaikan umrah tidak lama lagi sambil melawat negara Timur Tengah pula.












Credit : Izyan

Gambar Nurul Syuhada Pergi ke Gaza



7/2/2209 sabtu, aku menonton majalah tv3 kerana aku ingin melihat sendiri gambaran yang terjadi Gaza selepas berhenti peperangan di Gaza, amat sedih apabila aku melihat kanak-kanak dan wanita di bunuh dengan kejam dengan menggunakan bomb nuklear (kimia).. sejanak aku berfikir bagaimana kalau ia terjadi di negara malaysia? tak dapat aku bayangkan bertapa susah nya mereka mahu hidup ekoran hampir 99% harta benda mereka musnah. apa yang rakyat malaysia mampu lakukan hanya menderma untuk membantu mangsa keadaan. minggu depan ada lagi episod di gaza di majalah 3.. tonton yea!!!











Ziana Zain hamil anak kembar



Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain, 40, hari ini memberitahu beliau kini hamil tiga bulan dan kandungannya disahkan kembar.

Penyanyi yang popular dengan lagu Menadah Gerimis itu berkata, dia cukup teruja dan tidak menyangka akan mendapat anak kembar.

“Saya juga sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menimang cahaya mata dan ini semua adalah rezeki daripada Allah,” jelasnya dalam nada gembira ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ziana tidak menolak kemungkinan rezeki mengandung anak kembar mewarisi keturunan sebelah ibunya, Robiah Abdul yang juga merupakan pasangan kembar.

“Buat masa ini, semuanya berjalan lancar dan tentang simptom seperti mabuk dan lemah badan, itu perkara yang memang saya tidak boleh elak. Walaupun sudah tiga kali hamil, saya tetap mengalaminya,” ujar pelakon filem Sembilu itu.

Gerhana bulan penumbra - 9/2/2009



Orang ramai di seluruh Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana bulan penumbra pada Isnin ini selama empat jam bermula 8.39 malam.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan berkata gerhana itu gerhana penumbra paling mudah dilihat dengan mata kasar (boleh dilihat di semua negeri) kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra bumi ketika fasa maksimum.


“Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang bumi.

“Gerhana ini akan bermula dengan fasa satu (penumbra) jam 8.39 malam waktu Malaysia. Gerhana maksimum pula akan berlaku jam 10.38 malam dengan bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi (fasa empat) jam 12.38 tengah malam,” katanya, semalam.

06 February, 2009

Datuk Dr. Zambry Menteri Besar Perak yang baru




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.

Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.

Gambar Zahida Rafik Bertudung




Dulu kecoh satu malaya yang artis ini terlibat dengan kegiatan cucuk botox, selepas dia serik dengan cucuk menucuk nie, dia kembali aktif utk tujuaan amal, baru2 ini zahida rafik yang terkenal dengan lakonan nya dlm FILEM Anak Mami berimej bertudung. Ayu nye bila dia bertudung, mungkin di malam amal utk tabung di Gaza kot..

Mas dilarang jumpa kekasih, wad Neuro jadi kecoh!


KUALA LUMPUR:Usaha Ketua Pegawai Operasi Maestro Freddie Fernandez dan kekasih Mas, Shahrul Azman untuk bertemu bintang realiti itu yang kini ditempatkan di Wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) menemui kegagalan, setelah dihalang oleh pihak hospital tersebut sehingga menimbulkan kekecohan.


Menurut Shahrul atau dikenali sebagai Rock, pertemuan hari ini sebenarnya telah diatur atas kehendak Mas, namun perkara sebaliknya berlaku apabila pihak hospital tidak membenarkan sesiapa pun melawatnya kononnya atas permintaan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu sendiri.


Perkara tersebut akhirnya menimbulkan kemarahan Rock sehingga berlaku ketegangan antaranya dan pihak hospital.

"Dalam pertemuan dengan Mas semalam, dia yang minta saya bawa Freddie berjumpa dengannya, salah satu sebabnya untuk minta bantuan beliau keluarkannya dari sini. Tiba-tiba hari ini, pihak hospital pula tidak membenarkan kami masuk menemuinya dengan alasan Mas sendiri yang enggan berjumpa dengan sesiapa.


"Saya rasa mereka (pihak hospital)tipu," ujar Rock dalam nada marah.


Ujar Rock, ketika menemui kekasihnya itu semalam, keadaan Mas stabil dan banyak kali penyanyi itu merayu untuk dikeluarkan dari situ.


"Berkali-kali Mas minta dilepaskan dan beritahu dia tidak gila. Dia memberitahu saya yang dia tidak selesa dengan keadaan di situ. Saya hanya mampu memujuk dan berjanji akan membawa Freddie hari ini," katanya.

Dengan kekecohan yang timbul itu, Rock terus menghubungi bapa Mas di Tawau, Sabah, Ghani dan menceritakan tentang keadaan Mas yang sedang di tahan di hospital tersebut.


Menurut Rock, itu adalah kali pertama dia menghubungi bapa Mas setelah insiden tersebut dan mengakui bapanya cukup terkejut dengan berita tersebut.


"Bapanya memang ingin datang segera setelah saya sampaikan berita itu tadi. Tapi masalahnya, bapanya ketika ini sedang menghadapi masalah kewangan dan tidak tahu nak buat apa," luah Rock yang sudah hampir setahun menyulam cinta dengan Mas.

Dalam pada itu, Freddie berkata, pihak Maestro akan cuba membawa ibubapa penyanyi itu ke sini secepat mungkin untuk menyelesaikan perkara itu.


"Saya akan bawa mereka berjumpa dengan pihak hospital untuk bincang tentang keadaan Mas dan cuba bawa dia keluar dari hospital ini. Perkara ini melibatkan maruah Mas dan keluarganya serta akan turut memberi impak terhadap reputasinya sebagai artis.


"Mungkin kita akan usahakan dari segi kewangan untuk bawa keluarganya ke sini," kata Freddie yang juga sangat kecewa tidak dapat bertemu dengan anak buahnya itu.


Turut hadir bersama Freddie ialah Joe Wings yang merupakan penerbit album Mas.

Mas atau Asma Ghani, 28, ditahan di Wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana dikatakan mengalami tekanan jiwa.


Bintang realiti berstatus janda serta mempunyai dua orang anak itu dikatakan mengamuk di balai polis gara-gara disaman selepas memandu tanpa lesen dan membuat pusingan ‘U’ di tempat yang dilarang.


Sumber itu juga menambah, ini merupakan kali kedua Mas membuat hal dan mengamuk di balai polis.


Mas adalah ibu tunggal kepada Nurfadilah, 10, dan Mohd. Fadzil, 8.



Credit : Mstar

Imran Ajmain Dan Siti Saerah Bercinta ?





Sambil bercerita lanjut tentang gosip yang melanda mereka berdua kononnya dikatakan mempunyai hubungan 'istimewa', Imran dan Saerah dalam nada ceria mengaku semuanya mungkin berpunca gara-gara mereka berjalan bersama sewaktu sesi karpet merah di Anugerah Juara Lagu ke-23 baru-baru ini.


Mereka dikatakan agak 'mesra' dan ada yang melihat pasangan ini berpegangan tangan.


"Saya tidak tahu bagaimana boleh wujud gosip kami berpegangan tangan semasa berjalan pada waktu itu sedangkan kami tidak buat pun.


"Kami berjumpa di situ pun secara kebetulan, dan terus bercadang untuk berjalan bersama. Apapun, hubungan saya dan Saerah tidak lebih daripada berkawan sahaja.

"Saya juga ingin betulkan fakta yang mengatakan kami berpakat memakai pakaian sedondon pada hari itu. Pakaian kami mana ada sedondon..," jelas Imran.


Menurut Imran, ini merupakan pertama kali dia menerima gosip hebat yang mengaitkan dirinya dengan artis wanita lain.


"Saya rasa ini merupakan gosip pertama saya dikaitkan dengan artis lain. Saya agak terkejut juga apabila membacanya.


"Selepas membacanya, saya terus menghubungi kawan Saerah kerana takut dengan pandangan Saerah dan orang ramai serta bimbang sekiranya ia akan menjadi berpanjangan," jelas Imran, 28.

Menyelongkar tentang bagaimana mereka ditemukan, Imran dan adik penyanyi Datuk Siti Nurhaliza ini mula berkenalan selepas duduk sebelah-menyebelah ketika menonton Konsert Mingguan Akademi Fantasia 6 (AF6).


"Saya menghadiri konsert itu kerana ingin menonton persembahan Stanley AF6 yang menyanyikan lagu saya iaitu 'Sudah Tu Sudah'.


"Manakala Saerah pula datang untuk melihat kakaknya, Saida membuat persembahan dalam konsert itu.


"Waktu itu, Saerah tidak duduk diam dan hujung kakinya selalu terkena saya. Jadi, selepas kerap kali kaki dia berlaga dengan kaki saya, kerap kalilah Saerah meminta maaf dan dari situlah kami memulakan perbualan. Selepas itu, kami tak pernah ‘keep in touch’.

"Lama kemudian, saya menyanyi untuk Hari Lahir Kak Siti Nurhaliza pada 11 Januari lalu sebagai kejutan untuk Kak Siti setelah mendapat tahu dia meminati lagu Seribu Tahun.


"Jika benarlah kami mempunyai hubungan semasa AJL baru-baru ini, saya tidak akan pimpin dan pegang tangannya di depan khalayak seperti yang diperkatakan," katanya.


Dalam pada itu, Saerah pula berkata persahabatannya dengan Imran tetap diteruskan walaupun ramai yang bercakap mengenai gosip tersebut.


"Gosip tidak akan mengganggu hubungan kami sebagai kawan. Mana tahu dengan gosip ini, hubungan kami semakin rapat.

"Lama kemudian, saya menyanyi untuk Hari Lahir Kak Siti Nurhaliza pada 11 Januari lalu sebagai kejutan untuk Kak Siti setelah mendapat tahu dia meminati lagu Seribu Tahun.


"Jika benarlah kami mempunyai hubungan semasa AJL baru-baru ini, saya tidak akan pimpin dan pegang tangannya di depan khalayak seperti yang diperkatakan," katanya.


Dalam pada itu, Saerah pula berkata persahabatannya dengan Imran tetap diteruskan walaupun ramai yang bercakap mengenai gosip tersebut.


"Gosip tidak akan mengganggu hubungan kami sebagai kawan. Mana tahu dengan gosip ini, hubungan kami semakin rapat.


Credit : Mstar

(Gambar Seksi) Aksi Atilia & Salamiah Hassan - Ibu & Anak Seksi


sexy nya bila tengok dua beranak nie, kalau rosnah mat aris kalau pakai skrit pendek kecoh satu malaya, tp kalau salamiah hassan kalau sexy, nape orang tak kecoh erk? tak Popular ke? tapi selalu nye wanita berumur nie ingat nak mati jerk dan banyakan beramal ibadah.









Credit Photo : OhBulan

05 February, 2009

Kurang bijak bawa wakil rakyat berkualiti rendah - Tun M







Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas, manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR kembali semula kepada Umno.

Berikutan perkembangan itu, majoriti kerusi pakatan Pas-PKR-DAP dalam 59 kerusi Dewan Undangan Negeri merosot daripada 32 kepada 28 manakala kerusi BN meningkat kepada 28 daripada 27.

Pada sidang akhbar petang tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata BN memperoleh wakil rakyat mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru berikutan tiga wakil rakyat Bebas itu telah berikrar akan menyokong BN.

Dr Mahathir berkata: “Dua wakil rakyat dituduh rasuah. Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti. Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu,” katanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman menghadapi pertuduhan rasuah dan kes mereka sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

Beliau juga mengingatkan bahawa jika kedua-dua mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah selepas menyertai BN, rakyat akan berkata sistem kehakiman telah dimanipulasi.

Short Hair Style Misha Omar Photo





Macam-macam dah direvamp oleh Misha Omar untuk penampilan terbarunya. Termasuklah potong rambut pendek dan buat fesyen stail yang lebih funky macam aktres Hong Kong. Dalam diam Misha, dia masih laris diundang menjayakan persembahan. Mungkin ini strategi atau formula Misha untuk memastikan dirinya terus bertahan di dalam industri seni ini sambil meneruskan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak angkatnya yang berusia tiga tahun, Muhammad Adam Emir.

Berpayung di bawah label Sony BMG Music Malaysia, Misha Omar tampil dengan 3 buah single, Nafas Cahaya, Sembunyi dan Jawapanmu. Khabarnya, Misha Omar juga turut berlakon dalam drama bersiri 20 episod berjudul Julia Juli Bintang Tiga yang akan disiarkan di slot Legenda di TV3 dan TV9.

Apa-apa pun, kepada Misha, jangan lupa untuk mengenang jasa dan menghargai sokongan peminatmu yang banyak memberi galakan dari dulu hingga kini. Peace!

Mas AF2 mengamuk, kini ditahan di Wad Neuro, HKL

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2 (AF2), Asma Ghani atau dikenali sebagai Mas, 28, kini ditahan di Wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami tekanan jiwa.


Ketua Pegawai Operasi Maestro Freddie Fernandez memaklumkan, Mas ditahan di hospital tersebut selepas mengamuk dan ditangkap di sebuah balai polis semalam.


"Saya tak pasti sangat tentang sebab dia mengamuk di balai polis itu," kata Freddie ketika dihubungi petang tadi.


Jelasnya lagi, "Saya akan cuba membantu Mas untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.


"Saya harap semuanya akan berakhri dengan baik," kata Freddie yang prihatin dengan nasib yang diterima anak buahnya itu.


Tambah Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) itu, selepas mengetahui berita tersebut, beliau akan melawat penyanyi dan pelakon kelahiran Tawau, Sabah itu di HKL pada pukul 1 petang esok.


Justeru, kata beliau, pihak Maestro akan mengadakan satu sidang media tergempar berkaitan dengan kes yang dialami oleh Mas.


Dalam pada itu, sumber yang sahih mengatakan berita mengenai seorang bintang realiti mengamuk di Balai Polis Ampang heboh diperkatakan pada awal minggu ini.


Bintang realiti berstatus janda serta mempunyai anak itu mengamuk di balai polis gara-gara disaman selepas memandu tanpa lesen dan membuat pusingan ‘U’ di tempat yang dilarang.


“Mas memberi alasan kepada polis yang dia membuat pusingan ‘U’ semasa sedang bergaduh dengan kekasihnya namun polis tidak dapat menerima alasannya lalu dia mengamuk kepada polis,” kata sumber itu.


Sumber itu juga menambah, ini merupakan kali kedua Mas membuat hal dan mengamuk di balai polis.


Mas adalah ibu tunggal kepada Nurfadilah, 10, dan Mohd. Fadzil, 8.

04 February, 2009

DIVA KENA GAM & DUDA VVIP KANTOI KAT AIRPORT?





Aduhh kes nie membuka Diva nie menjadi hangit sekali lagi dengan KES yang berlaku di AIRPORT baru2 ini. Kadang2 terfikir jugak kenapa DIVA ini sering kali di kaitkan adakah sikap DIVA itu memang begitu? waduhhhh Cik Gayah malas nak komen apa2.. Mak Hayam Serama mmg PANASZZ Meletup dengan mulut Laser nya tu.. Komen Mak Hayam Pasal Isu DIVA kena GAM dan DUDA VVIP! Cik Gayah nak komen sikit pasal Mak Hayam nie, Cantik pulak bila blog mak hayam ada picture, nak tiru macam-macam aznil ke? wahhhh aznil? kelas giteww.. Cik Gayah tak larat nak tulis gossip kerana cik gayah sibukk dengan kerja bertimbun2 atas meja ni.. Bubye you all..




CITE PANAZ masuk ke talian SMS MAK HAYAM DIVA TERGEBU tepat jam 2 pagi tadi.....'DIVA KENA GAM & pasangan kekasihnya DUDA VVIP KANTOI kat AIRPORT !!! '
Kenapa pulak ni nyah???? SAPA ....SAPA .....SAPA nyah.....MAK NAK TAHU LAH !!!! '

KALAU NAK TAHU???? TENGOK jer PROGRAM NO 1 TV3....POREBER & EBER....'MELODI' AHAD ni lah.....KHABAR yang mak hayam dapat lah....si RAMBUT KETAK....MAT TERJAH NAS AHMAD....sempat KE AIRPORT TERJAH PASANGAN 2 SEJOLI ni....balik MEMADU KASIH kat BANGKOK U ALLZ.....!!!! PANAZZZZZZZZZZZ...................

TAH yer TAH TIDAK???? MAK no KOMEN lah........KONONNYA....DIVA KENA GAM ni pun TERKEZUT BERUK lah bila CAMERA 'MELODI' dok hayun kat MUKA DIA ngan SI DUDA BERHIAS ni yer???? Hai....CINTA RUJUK KEMBALI ker dik dik nun dengan DUDA BERHIAS ni???


AMBOIIIIIIIIIII.........................ingat kan TAK jadi kan??? YA LAH....PAS kena GOSSIP dengan si DUDA VVIP ni.....DIVA KENA GAM ni KECOH NGAP ANAK RAJA SELATAN.....???? EH.....BUAT U TURN PULAK KER??? berbalik CINTA LAH KOT......

Yang penting??? DIVA KENA GAM ni .....tetap MAINTAIN COOL khabarnya !!!! ELOK lah kan....NAK tahu sangat saper??? BIOL betul lah ko ni......kan DAH SURUH TENGOK MELODI??? BERAPA kali mak nak cakap ha???? GILER KER APER????

Agaknya DIVA KENA GAM ni DAH tak de pilihan lain kot.....DUDA pun DUDA lah !!!! SAPA NAK BAGI kan???? DUDA lak masih ganteng....masih SUPER POWER.....KAYA RAYA.....WALAUPUNNNNNNNNNNN.......tunggu apa lagi NYAH OOI???? Tak ye pun....KERANA MAIN MAIN SMS KORANG lah.....SI DUDA ni CERAIKAN ISTERI dia yang DOK BOYOT ....MASA MASA tulah kan????

Jadi BAGAI PUCUK DI CITA???? ULAM KACANG BOTOL MENDATANG lah kan???? EEEEE........SEDAPNYA.....ULAM KACANG BOTOL lah pulak....!!! MAK pun SUKER lah NYAH ooi.....SESEKALI KAN???? Teringat lah AKAK SHEILA RUSLY yang dah BERSARA dari 'APA APA AJER' tu kan.....dia MEMANG RATU KACANG BOTOL.....U ALLZ....!!!! HE HE HE....

Pada DIVA KENA GAM ni...kalau rasa dah sesuai....SURUH jer lah DUDA VVIP ni HANTAR ROMBONGAN.....!!!! Tak manis dok MELANCONG dan MELENCONG ke SERATA DUNIA tu.....apa DAPAT???? DAPAT FITNAH adalah.....KALAU dah tak TAHAN.....KAWIN SECARA SAH jer....ABIS CITE !!!!

Nampaknya....KES AIRPORT BERULANG LAGI nyah ooi.....!!! MAT TERJAH macam NAS AHMAD TV3....dan MICHELLE....pompuan MUALAFF MELODI tu....nampaknya KORANG BUAT UMAH jer lah kat AIRPORT TU....

My Starz LG: Penyingkiran Mimie satu kejutan


PENYINGKIRAN Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris, dari program realiti My Starz LG sememangnya satu keputusan yang mengejutkan apatah lagi dia dilihat sebagai antara peserta yang menyerlah pada musim ini.


Kegagalannya membuat persembahan terbaik ketika menyampaikan lagu Seksis yang dipopularkan oleh Anita Sarawak melenyapkan harapannya untuk terus mara merebut gelaran juara My Starz LG.


Faktor kesihatan yang kurang memuaskan mungkin menjadi salah satu punca gadis bersuara lantang ini tersingkir. Mimie yang jatuh sakit selama dua minggu menjelaskan keadaan kesihatannya sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya untuk membuat persembahan yang menyakinkan pihak juri dan penonton.


Walau bagaimanapun, berbekalkan semangat yang tinggi, Mimie telah cuba melakukan yang terbaik meskipun nasib tidak menyebelahinya dan rezekinya hanya setakat di situ sahaja.

“Tidak dinafikan bakat Mimie agak menyerlah kerana gadis comel ini mampu melontarkan vokal yang mantap. Namun, undian penonton dan markah yang diberikan pihak juri tidak berpihak kepadanya lantaran persembahannya yang tidak menonjol.


Setelah Mimie diumumkan terkeluar daripada gelanggang My Starz LG, enamlagi peserta yang terdiri daripada Cassie, Nashrin, Hairi, Azri, Feroq dan Wana nampaknya dapat meneruskan konsert minggu lalu dengan menyampaikan lagu-lagu pilihan guru vokal mereka, Lah Ahmad.


Persembahan mereka pada malam itu diadili oleh Liza Hanim, Zainal Abidin, dan komposer terkenal, Azmeer. Konsert kali ini juga lebih meriah dengan kemunculan artis jemputan, Ziana Zain yang membawakan lagu Dingin.


Nashrin yang menyanyikan lagu Marcell berjudul Firasat menjadi peserta yang terselamat daripada tersingkir pada konsert minggu hadapan setelah berjaya dinobatkan sebagai persembahan terbaik dan membawa pulang hadiah berupa penghawa dingin LG ‘Neo Plasma Plus’.


Nashrin yang mendapat pujian daripada barisan juri mempersembahkan sebuah persembahan yang penuh penghayatan dan vokal yang diperakui hebat pada malam itu.


Persembahan Wana juga tidak kurang hebatnya. Dia yang mempersembahkan lagu penyanyi idolanya, Ziana Zain berjudul Madah Berhelah, menyanyikannya dengan gaya tersendiri.


Walau bagaimanapun, kritikan juri yang menganggap cara nyanyiannya persis penyanyi asal diterima oleh Wana dengan hati terbuka. Feroq yang muncul dengan lagu Juwita Citra Terindah juga tidak terlepas daripada kritikan para juri.


Selain lontaran suaranya yang dikatakan tiada seni, baju yang dipakainya pada malam itu juga menjadi satu isu yang dikatakan seakan-akan seorang pelayan bar.


Hasnol, penyanyi asal lagu yang dibawakan oleh Azri iaitu sebuah lagu lama bertajuk Laguku Untukmu hadir pada malam itu untuk memberikan sokongan kepada peserta tersebut.


Azri dikritik oleh Zainal Abidin dengan mengatakan bahawa persembahannya pada malam itu tidak terkawal dan vokalnya tidak mencapai tahap yang diharapkan. Azmeer pula menyarankannya untuk memberi nafas baru pada lagu lama mungkin kerana ianya dilihat bersesuaian dengan peredaran zaman.


Berlainan pula dengan Hairi yang menyanyikan lagu dari kumpulan Search, Mentari Merah di Ufuk Timur. Permulaan persembahannya dilihat hambar apabila nyanyiannya lari dari tempo sebenar.


Walau bagaimanapun, dia diberi pujian kerana berjaya mengimbangi vokalnya dengan baik. Lagu Destinasi Cinta dibawa dengan baik oleh Cassie. Dia yang sering mendapat pujian daripada para juri bernasib baik kerana mempunyai vokal yang bagus. Tetapi gerakannya seakan terbatas kerana pemilihan kasut yang tidak selesa.


Format pemarkahan terhasil daripada keputusan juri (70% markah) manakala selebihnya diputuskan oleh penonton melalui SMS. Selain dari juri tetap, juri jemputan bakal muncul sepanjang musim ini untuk menawarkan khidmat nasihat mereka.


Penasihat vokal terdiri daripada penyanyi dan pencipta lagu Lah Ahmad, koreografer tarian Raimee Salleh dan Syaiful Baharim yang berperanan sebagai konsultan imej peserta.


Pemenang pertandingan My Starz LG berpeluang memenangi wang tunai RM100,000, produk LG yang menarik, menjadi bintang dan kontrak rakaman di bawah label rekod ternama, Warner Music Malaysia.


Kesemua 12 peserta ini menerima tunjuk ajar dan nasihat profesional serta sokongan latihan daripada tenaga pengajar yang terdiri daripada penghibur dan penerbit ternama Malaysia.

Muka akak ogy tanpa make up



Memang berbeza betul muka Kak Ogy tanpa sebarang make-up kan. Baru lah nampak sesuai sikit muka dengan umur dan gambar yang tengah tu adalah ulama terkenal, Abdullah Gymnastiar yang sering digelar “kiyai A’a”, dari Indonesia yang dibawa Kak Ogy untuk berceramah di negara ini.

Lelaki baling kasut ke arah PM China




BEIJING - Kementerian Luar dan Media China semalam mengutuk tindakan seorang lelaki di Britain yang membaling kasut dan menghina Perdana Menterinya, Wen Jiabao ketika berucap di Universiti Cambridge, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurucakap kementerian terbabit, Jiang Yu memberitahu gangguan yang memalukan itu berlaku ketika Jiabao sedang menyampaikan ucapannya kelmarin.

Tambahnya lagi, kejadian terbabit tidak akan menimbulkan ketegangan hubungan antara China dan Britain.

Beliau membuat kenyataan itu berhubung tindakan seorang lelaki membaling kasut ke arah Jiabao iaitu mirip perbuatan seorang wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi, 29, di Baghdad.

Pada Disember lalu, Muntazer membaling kasut ke arah George W. Bush yang ketika itu memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS).

Dalam kejadian di Cambridge itu, lelaki tersebut menghina Jiabao dengan berkata; "Dia adalah diktator. Bagaimanakah anda semua boleh mendengar penipuan yang dikatakannya?"

Lelaki itu berkata demikian sebelum dia membaling kasut tetapi ia tidak mengenai Perdana Menteri China itu.

Dia kemudian menyerah diri kepada pihak berkuasa Britain

03 February, 2009

Perkahwinan - Sol bertakhta di hati Tini Hot FM






HARI ini, penyampai radio Hot FM, Kartini Kamarul Ariffin atau Tini, 30, akan mula mengedarkan kad kahwinnya kerana bulan ini dia akan mula bergelar isteri kepada Nur Sulhi Jasmin atau Sol, 28, bertugas sebumbung di stesen radio yang sama sebagai Pengurus Acara. Sepakat untuk tidak mengikat tali pertunangan, mereka akan bernikah pada sebelah pagi 22 Februari ini dan sebelah tengah harinya pula diikuti dengan majlis resepsi sebelah pengantin wanita di Dewan Perdana Felda.

Seminggu selepas itu, pada 28 Februari pula, majlis bertandang akan diadakan di kediaman keluarga Sol di Kota Tinggi, Johor. Dan, dengan semua majlis itu, maka Tini dengan rasminya mengikuti jejak rakan setugasnya di Hot FM, Sharifah Aleya dan Azura yang menamatkan bujang.

Usia perkenalan mereka hampir sama dengan usia permulaan operasi stesen radio yang terkenal dengan tagline Lebih Hangat Daripada Biasa ini sejak 2006.

Daripada istilah persahabatan, cinta mereka semakin membara pada September 2006 sebelum Tini melanjutkan pelajaran di dalam Sarjana Kewartawanan Penyiaran selama setahun di United Kingdom. Diuji dengan cinta jarak jauh, kekebalan cinta mereka terus utuh biarpun diakui masing-masing amat perit untuk dilalui. Hanya dunia maya saja yang menjadi penghubung tatkala rindu mencengkam jiwa.

Jodoh ternyata begitu kuat di antara dua hati ini dan sekembalinya Tini ke Malaysia selepas tamat pengajian, awal 2008 mereka mula serius untuk memateri cinta ke jinjang pelamin.

Menurut bekas pengacara 3R ini, tempahan dewan dilakukan sejak tahun lalu (Mac 2008), memandangkan ramai pasangan yang memilih untuk diijabkabulkan. Memilih untuk berkahwin tanpa mendapatkan tajaan seperti sesetengah perkahwinan selebriti sebelum ini, baik Tini mahupun Sol, mereka percaya perkahwinan ini menjadi lebih bermakna apatah lagi menggunakan duit daripada hasil titik peluh sendiri.

Berkonsepkan tradisional, pasangan sepadan ini bakal menggayakan busana pengantin rekaan Lubis House, Kota Damansara untuk majlis pernikahan dan persandingan.

Manakala untuk majlis di Johor, Tini menggunakan khidmat pereka fesyen, Nik Erwan Roseli dan bakal suaminya mengenakan rekaan butik D’Jazz, Segamat. Tini menganggap perbezaan umur bukan satu isu yang perlu diperbesarkan.

“Usia bersifat subjektif dan saya sendiri tidak menetap kriteria tertentu isu ini. Cuma jodoh saya sudah dengannya dan saya menerima dia dengan seadanya. Dua tahun perbezaan umur bukan topik utama dan paling penting kami boleh serasi dan ia bukan satu masalah besar.

“Kami kahwin menggunakan duit simpanan yang ada dan tak saya nafikan banyak berhabis duit untuk merealisasikan impian hidup bersama. Apabila guna duit sendiri, kita akan tahu susah dan peritnya apabila duit mengalir macam air. Lagi pun, kahwin berlaku sekali di dalam hidup kita dan tak salah kita berkorban wang ringgit demi kebahagiaan selamanya. Insya-Allah.

“Majlis kahwin kami nanti tidaklah hebat sangat. Cukuplah sekadar memenuhi adat dan syarat, sederhana dan seringkas mungkin. Konsep pakaian kami nanti lebih berpaksikan budaya Melayu seperti kebaya, baju kurung Johor dan baju Melayu,” ungkap Tini yang mula mengendalikan segmen Menu Muzik dari 1 tengah hari hingga 4 petang sejak 1 Januari lalu.

Mengakui peribadi Sol yang berjaya mencairkan hatinya, akui Tini, Sol pandai memujuknya. Malah ketika Tini dalam kesedihan, kekecewaan dan dalam amarah, lelaki bernama Sol inilah yang menyejukkan hatinya.

Tini akan mula mengambil cuti selama seminggu dari 16 hingga 22 Februari dan akan mula naik kerja sehari selepas bersanding. Semuanya dilakukan demi komitmen kerja terhadap stesen radio kesayangannya yang kini dalam proses perkiraan bancian dengan AC Nielsen.

Dek urusan kerja juga membuatkan mereka belum memikirkan lagi bila untuk percutian berbulan madu.

Kata Tini, selepas hidup berdua nanti, dia akan mula ada rakan kembara dan melancong.

“Sebelum ini saya sukar mendapat rakan yang boleh dibawa melancong dan mengembara. Tapi tidak lagi selepas kami berkahwin nanti. Tambahan pula kami banyak berkongsi perkara yang sama contohnya aktiviti luar seperti berakit. Masa kami yang agak terbatas, kami gunakan sebaik mungkin melakukan aktiviti sedemikian.

“Insya-Allah, kami merancang untuk mengambil lesen menyelam dan memanjat Gunung Kinabalu bersama-sama,” katanya yang boleh dihubungi menerusi blog yang boleh dilayari di laman sesawang, www.hotfm.com.my

Ditanya apakah yang menjadi kenangan terindah sepanjang episod menyulam cinta, Tini memberitahu hampir setiap detik dilalui bersama pilihan hatinya diibaratkan sebagai nyawa yang terus menghidupkan udara dan nafasnya.

“Kami selalu meraikan hari lahir masing-masing dengan cara tersendiri. Saya sendiri lebih gemar sesuatu hadiah yang bersifat praktikal. Sebagai contoh sebelum saya ke London, dia ada hadiahkan saya alat pemain MP3 yang sering saya gunakan sewaktu berjoging. Menariknya, alat itu diprogramkan dengan baik hingga boleh memberitahu berapa kalori lagi yang perlu saya hilangkan,” katanya sambil tersenyum.

Mengalih bicara kepada Sol yang dilahirkan sebagai anak tunggal, dia cukup selesa dengan sikap Tini yang begitu happy go lucky, jujur dan tidak cakap belakang. Berbeza dengan Tini, Sol mendapat cuti selama dua minggu.

Rahsia kejayaan hubungan mereka berteraskan kepada kepercayaan dan inilah yang dipraktikkan sejak hidup berjauhan selama setahun sewaktu Tini menuntut ilmu.

Menerusi khidmat Yahoo Messenger dan MSN, ia umpama jambatan yang menghubungkan mereka. Diimbas kembali, sewaktu mula berkenalan di tempat kerja yang sama, Sol berkata, mereka selalu berkomunikasi dan daripada situ ia menjelmakan jalinan yang lebih baik.

“Selepas kahwin nanti, insya-Allah kami akan lebih memahami tugas dan tuntutan kerja masing-masing. Keserasian itu sudah ada dan ia perlu digilap untuk kebaikan masing-masing. Selepas ini tanggungjawab kami lebih besar dan ramai hati yang perlu dijaga,” kata Sol.




Info angka cinta Tini & Sol:

  • Dua tahun perbezaan umur masing-masing.

  • September 2006, gejolak cinta akhirnya dimeterai sebelum Tini ke London untuk melanjutkan pelajaran.

  • Selepas setahun (2007) terpisah dek cinta jarah jauh kerana Tini menyambung pengajian di London, awal 2008 mereka mula serius dan nekad untuk hidup berumah tangga.

  • Tempahan dewan kahwin dilakukan sejak Mac 2008.

  • Julai 2008, mula mengikuti kursus kahwin.

  • Februari 2009 mengakhiri cinta mereka ke jinjang pelamin.

  • Dulang hantaran pengantin perempuan sebanyak 13 berbalas 11 (sebelah lelaki).

  • Masing-masing merancang untuk memiliki tiga atau empat orang anak.







Fiq OnlinE Story

Click Here

Photobucket