
Membeza-bezakan Kasih Sayang Antara Anak-anak SEORANG anak pasti menyedari diri mereka kurang disayangi ibubapa berbanding adik beradik lain. Situasi tersebut amat melukakan hati mereka kerana diperlakukan sebegitu oleh ibubapa sendiri. Melalui layanan, perhatian, kasih sayang, kehendak yang dituruti, anak-anak tahu samada mereka disayangi samada lebih ataupun kurang daripada adik beradik mereka yang lain.
Agama tidak membenarkan ibu bapa membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak sebaliknya mereka bertanggungjawab mendidik dan memberi sesuatu kepada setiap anak dengan adil dan samarata.
Ramai ibu bapa melakukan kesilapan terhadap anak-anak dengan membeza - bezakan kasih sayang terhadap mereka. Perbezaan kasih sayang ini biasanya dibuat atas dasar kecantikan paras, kepandaian dan kepintaran, kesempurnaan fizikal dan mental, kerajinan dan pelbagai kelebihan lain yang mungkin tidak ada pada diri anak-anak yang lain.
Anak-anak yang menjadi mangsa perbezaan kasih sayang biasanya berasa kehilangan tempat berpaut, tempat perlindungan dan rasa tidak diperlukan lagi dalam sesebuah keluarga. Mereka sentiasa memendam rasa dan sering memikirkan tentang kekurangan diri di samping tertanya-tanya sebab-sebab yang membuatkan ibu bapa tidak menyayangi mereka. Anak-anak yang diperlakukan sedemikian akan cuba melakukan sesuatu untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Malangnya setiap tindakan yang dilakukan oleh si anak sering dianggap tidak kena oleh
ibu bapa mereka.
Sebaliknya bagi anak-anak yang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa pula akan merasakan diri mereka disayangi. Anak-anak yang merasakan dirinya dilebihkan mungkin bangga dan ego, manakala anak yang kurang mendapat kasih sayang akan berasa iri hati, dengki, rendah diri, benci dan dendam terhadap adik-beradik yang lain termasuk ibu bapa itu sendiri. Permusuhan mungkin akan timbul disebabkan tidak ada penyatuan dan persesuaian jiwa antara adik- baradik seperti menyakiti adik-beradik yang lain, menyorok atau mengoyakkan buku atau pakaian, menuduh orang lain membuat kesilapan yang dilakukannya atau seumpamanya yang boleh menimbulkan kemarahan ibu bapa.
Anak-anak yang meningkat remaja sering menjadi terlalu sensitif dan mempunyai sifat ingin membebaskan diri sekiranya menghadapi tekanan dalam diri mereka. Apabila mereka merasakan diri mereka tidak dikasihi seperti adik-beradik yang lain, mereka cepat membuat penafsiran yang diri mereka tidak diperlukan dan dihargai oleh ibu bapa mereka. Lantaran itu terdapat kecenderungan untuk si anak mengambil tindakan membebaskan diri daripada ibu bapa mereka sama ada keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapa atau meninggalkan keluarga untuk mencari kehidupan lain yang dirasakan dapat memberikan ketenangan jiwa kepadanya.
Keadaan anak-anak yang hidup di luar kawalan ibu bapa itu ditakuti akan membawa kepada penyelewengan yang lebih teruk ke arah kerosakan dan kemusnahan yang lebih mencemaskan pada masa depan. Kemungkinan besar jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya mereka akan terjebak ke dalam gejala-gejala buruk seperti menghisap dadah, meminum arak dan lain-lain perbuatan salah laku hingga ke peringkat jenayah.
Sekiranya yang menjadi mangsa perbezaan kasih sayang adalah anak gadis, kerap terjadi keadaan seperti mereka akan mengambil sesuatu tindakan yang agak nekad dengan meninggalkan rumah dan memilih untuk tinggal bersama rakan-rakan, lari dari sekolah, bekerja di tempat- tempat yang tidak sepatutnya pada usia yang terlalu muda dan sebagainya.
Sementara itu, bagi anak-anak yang mendapat kasih sayang yang lebih daripada ibu bapa juga mereka tidak terlepas daripada kesan-kesan negatif yang sering mempengaruhi kehidupan mereka. Selain menjadi manja, suka mengadu dan kurang rasa hormat terhadap adik-beradik yang lain, anak-anak yang mendapat kasih sayang seperti ini kerap kali mempamerkan sikap negatif seperti suka berbangga, ego dan riak, tinggi diri, suka berhias, minat kepada peralatan mewah dan seumpamanya. Sifat-sifat ini di antara lain timbul kerana tindak- tanduk ibu bapa yang memberi layanan yang agak berat sebelah di antara anak-anak mereka.
Ibu bapa harus sedar, kehadiran anak-anak adalah sebagai aset yang perlu dijaga sebaik-baiknya agar mendapat pulangan yang baik apabila mereka tiada lagi di dunia ini. Anak-anak perlu dididik secara sama rata dan dengan penuh kasih sayang. Sikap adil yang ditunjukkan oleh
ibu bapa dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka akan membuahkan hasil yang baik. Keadilan yang dipaparkan akan membuka ruang kepada kehidupan sekeluarga yang akan dipenuhi dengan kasih sayang, hormat- menghormati dan sayang-menyayangi.
Untuk mengelakkan sebarang kesan negatif yang mungkin timbul hasil daripada perbezaan layanan antara anak-anak, berikut diperturunkan langkah-langkah positif yang perlu diambil:
Agama menegah ibubapa mengamalkan perbuatan membeza-bezakan kasih sayang di antara anak-anak mereka.
Ibubapa harus menyedari bahawa anak-anak mempunyai perasaan, berjiwa halus, emosi, bisikan kalbu dan curahan nurani. Belajar selami hati dan perasaan mereka ini.
Yakini benar-benar bahawa anak-anak anda adalah unik. Yang cantik adalah unik dan yang hodoh juga adalah unik. Yang pandai adalah unik dan yang kurang menyinar pun adalah unik. Belai dan bangunkanlah ciri- ciri keunikan anak-anak anda itu.
Ibubapa harus bijak untuk melihat dan mengenalpasti potensi yang ada dalam diri anak-anak. Ramai ibubapa hanya mampu melihat potensi lahiriah sahaja. Banyak lagi potensi yang tidak sedia terjelma mempunyai ribuan kemungkinan akan terserlah pada suatu masa nanti. Ibu bapa harus memainkan peranan membantu menyerlahkan potensi anak-anak itu.
Ingatlah bahawa sebarang kesilapan walau sekecil mana pun akan mempunyai kesan dan padah yang tidak mungkin dapat dibayangkan. Sesungguhnya anda melakukan sesuatu kezaliman seandainya ini berlaku ke atas anak anda. Penyesalan pada hari muka tidak ada ertinya lagi.
p/s : kadang-kadang terasa ibu aku pilih kasih sayang di antara anak-anak yang lain tetapi aku redha dan sabar saje apa yang ibu pilih. kalau itu yang membuat ibu gembira, aku tumpang gembira. apa yang penting, aku mahu melihat ibu gembira selalu.


12 comments:
alangkah indahnye klu bnda2 mcm ni d siarkan kat tv ke..mne2 ke..ekceli, mak sye pun slalu pilih kasih antara sye ngn adik radik yg lain..mungkin d sbbkan sye ni hodoh+gemuk+hitam..sye sering di pinggirkan..bila sye cuba nk luahka ape yg sye rase, mak sye sllau ckp sye anak derhaka, sial, dan mcm2 lagi..sye rse hidup sye sunyi sgt..kat luar org mengata, blk rumah pun sme..bila gaduh ngn mak, mak slalu ungkitkan psl rupa paras sye, tubuh badan sye,dia ckp sye mcm anjing..anak derhaka.adil ke cmtu??anak derhaka ke sye ni???
Thnx atas perkongsian ini. Kadang2 betul ape saye rase. Ketika saye memanggil ibu, tidak diendah. tetapi jika anak kesayangan ibu, memanggil ibu, disahut dengan penuh mesra. Nasib masih ade ingatan saye bahawa tanpe ibu bapa, siapalah saya. saya cuba bertahan selagi iman di dada. Tidak akan saya pikirkan ape2 yang di luar kewarasan selagi saye tahu membezakan itu ibu saya. Ynag mengandungkan saya 9bulan. Yng penat menjaaga saya dr kecil. Tetapi selalunya sgt ketara jika dia mem\benci. Nauzubillah. Semoga saya sentiasa dlm keadaan waras.
kadang2 ,mereka sendiri tak sedar ..
Salam, saya pun ade dlm situasi mcm ni.saya nih ikut je ckp mak.dia soh buat keje tu,keje ni.tapi adik beradik saye yg lain mesti boleh relax.saya mcm diperlakukan sbg anak tiri.astarghfirallah.saya tau,saya tak patut ckp mcm ni,tapi dkt sini je saya nk luahkan perasaan.mak saya selalu pandang rendah dkt saya.tapi,kalau kakak saya..siap nk gelak2 lagi,ajak gi jln..saya??SELALU suruh buat keje rumah..kenape tak pernah marah kakak saya yg tak buat keje tu??kenape biar dia relax dan sye bertungkus lumus kemas rumah?ya Allah,saya selalu nangis dlm bilik air sorang2.tapi,saya taknaklah jadi salah seorang yg lari dri umah, tu gila namanya.but still,sedih duduk rumah sendiri.
uwaaaaa...ingtkn sy sorg jer yg rase cmni..skrg ni tngh gaduh dgn mak..langsung tak nak cakap dgn saya..puncenye sebab saya terlepas cakap meluahkn rase x puas hati sebb asyik saya saje yg kena buat keje dan anak kesayangan die, merangkap abang saya tu sedap jer tido..abg saya tu kalau buat ape pun, mak xpenah marah..tp kalau sy,salah skit pun rase macam buat salah besar..bukanla saya benci kat abang saya, tapi layanan mak tu yg saya x puas hati..saya ni ank bongsu dan anak prmpuan sorang..kalau org lain tanya,mesti diorg cakap saya ni ank manja..rase nk gelak bile diorg ckp mcm tu..manje pekebendenye..x taula nape mak benci sgt dgn sya ni..
salam..hmm kdg-2 parents nim xsedar yg dorang nim pilih kasih... satu lagi, dah ade anak yg dye xsuke dye banding-2 kan pulak dgn anak org lain...
sy x tau ape kurangnye sy nie,sy jauh lebih bijak dri abg, sy jauh lebih penurut, sopan, x lawan ibu bapa, n buat apa saja yang disuruh. cakap dengan ibubapa pun x penah kasar. tapi kenapa!!!!!!!! abang yang dijadikan intan payung, raja.. ibu langsung x bagi satu sen! pun kt sy tpi sering berhabis ratusan duit bila kluar dengan abg. sy benci dan dendam dengan ibu dan abang tapi x pernah sy tunjukkan.. sy hanya sygkan ayah sy.. perbezaan yg dilakukan ibu lebih sjuta klau nk listkan. buruk sgt ke sy nie, kadang-kadang penah tepikir nak rosakkan diri sendiri
Mmg ade ssetengah ibu yg pilih kasih..mcm dlm family saya sniri, dari dulu diajar, org dewasa dan anak sulung sentiasa betul..Kadang2 klau kita tgk, ada je org tua yg buat silap, xkan kita x blh tegur? Pastu, dlm adik beradik, slalu mak suruh saya yg mintak maaf dan mengalah, sedangkan dlm ssetengah situasai dah jelas saya di pihak benar..xkan anak sulung x perlu mintak maaf dgn adik klau buat salah?? x faham...kadang2 rasa x puas hati, tp bila fikir balik, rasa dosa anggap mcm tu...so sabar je la...
hurmm,,sedih sangat bila kita diperlakukan mcm ni..mgkn allah syg kita,sbb 2 dia bg ujian ni,,sy pn alami prkra yg sama,sy ank bongsu...sy sllu je t'pinggir,,adk bradik yg mak syg sllu je hina sy..sy sbr je,m0h0n 2han bka aty mak nga di0rang..
Aq pn sama . Aq pn anak bngsu .. Tp aq da ta blh tahan da klau sume salah letak kt aq .
Naseb aq ngn korng sume tada beza pn . Dlo masa arwah ayah aq ada dea je baking aq . Mak aq mmg sah2 la baking abg aq . Aq ta kesah klau depa tho na marah aq . Tp ta pyh la pkol2 , maki2 . Aq trasa . Knp ? Tada prasaan sngat kea aq ny ? Diorang bt salah ta nmpak . Aq bt salah nmpak sedia . Klau na adq2 jd baek , yg abg tho pn ta pyh lahh na bt jahad dlo . Klau da diorng bt jahad . Diorng ingad adq2 ni na jd baek kea ha ? Soryy tho say lahh . Btw , kdg2 aq bnci dekat abg aq sndri . Thanx abg bt adq mcm ni .
Zaman kecil aku dipinggirkan oleh mak aku sendiri.Semua yg aku buat,salah di depan mata dia.mak selalu marah,selalu pukul,selalu rendah2kan keupayaan aku.masa aku umur 5-6thn aku penah bagi surat kat mak aku.aku tulis mak x sayang kat aku,mak lebih2kan adik.lepas mak aku baca,dia perli2 aku depan adik aku.mak aku cakap "eh dia anak aku,memang la aku syg,"aku x faham kenapa mak aku benci sangat kat aku.mak aku x penah pun peluk aku atau cium aku.bila aku dh kerja,barulah mak aku terhegeh nak peluk cium aku.kadang2 aku rasa geli.dalam hati aku kata"eh nape mak aku cium aku,mak aku bukan sayang kat aku pun,"sampai sekarang aku rasa kasih sayang mak aku tu palsu.
Post a Comment