
Seorang aktres popular sebuah drama bersiri televisyen Korea Selatan, Jang Ja-yeon ditemui mati akibat membunuh diri, kata polis semalam.
Jurucakap polis berkata mayat Ja-yeon dijumpai oleh kakaknya di rumah mereka di pinggir bandar raya Seoul di sini pada Sabtu lalu.
Mangsa yang berumur 26 tahun merupakan pelakon utama drama televisyen terkenal di Korea Selatan berjudul Boys Over Flowers.
Polis berkata, Ja-yeon mempunyai sejarah menghidap sakit jiwa.
Kematian pelakon tersebut merupakan insiden bunuh diri terbaru melibatkan kalangan selebriti negara itu.
Dalam kejadian Oktober tahun lalu, aktres tersohor Korea Selatan, Choi Jin-sil meninggal dunia akibat menggantung diri, manakala mayat aktor Ahn Jae-whan pula dijumpai mati di dalam sebuah kereta sebulan sebelum itu.


4 comments:
nape la rmai sgt artis korea mati gan care bunuh diri
sygnya.. sy minat dgn pempuan ni look like she is a perfect person, look pretty but disebalik itu sapa la yg tau..
la... cian tul aku slh org rupanya ingtkan jandi yg past away.. love u jandi cayo..
2 arh..aQ pon igt an jandi..
huhu..
Post a Comment