KUALA LUMPUR: “Fatwa itu tidak akan berjaya menghapuskan pengkid. Takkan apabila saya berjalan dalam keadaan berpakaian seperti lelaki, polis terus tahan dan tangkap saya.“Atau, adakah apabila saya dengan kawan perempuan makan bersama-sama, kami terus ditangkap?” kata seorang pengkid dikenali sebagai Win yang seolah-olah mencabar fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK), bau-baru ini.
Kata Win, dia yakin di kalangan pengkid, fatwa yang diumumkan MFK pada 23 Oktober lalu tidak akan mengubah keadaan, malah golongan perempuan yang berpakaian dan berperwatakan seperti lelaki itu akan terus dengan aktiviti mereka seperti biasa.
Menurut Win, pengharaman itu hanya sekadar di atas kertas kerana pihak berkuasa sukar mengambil tindakan, terutama dalam membezakan sama ada seseorang itu pengkid atau tidak.
“Kami tahu mereka (pihak berkuasa) sukar ambil tindakan ke atas kami. Jika saya berkawan dengan wanita lain, adakah kami akan ditahan? Apa bukti mengatakan saya pengkid selain cara berpakaian kerana sesiapapun boleh berpakaian seperti ini,” katanya.
Menurut MFK, gejala pengkid diharamkan kerana kesalahan golongan itu di sisi Islam sangat serius berikutan mereka bukan hanya berpakaian menyamai lelaki, tetapi wujud kecenderungan melakukan hubungan seksual sesama wanita.
Mengulas hal itu, Win berkata, tidak semua pengkid melakukan kesalahan, walaupun dia mengakui ada yang bertindak di luar batasan.
“Kami hanya mahu berseronok atau bersuka-suka, tetapi saya tak nafikan ada pengkid yang lebih-lebih sehingga bercinta dan melakukan hubungan seks sesama jenis,” katanya.
Menurutnya, pengkid menjadi pilihan wanita kerana didakwa lebih memahami golongan itu, terutama apabila wujud masalah.
“Kami (pengkid) lebih mudah dekati mereka (wanita), terutama apabila ada masalah. Walaupun sehingga ada yang melakukan hubungan seks, ia masih selamat kerana sukar untuk mengandung,” katanya.
Win yang bekerja di sebuah pasar raya mengakui dia ada teman wanita meskipun sedar mereka sukar mendirikan rumah tangga.
“Ramai tidak memahami keadaan kami. Sejak kecil sampai sekarang, saya tiada naluri terhadap lelaki, malah ibu bapa tidak kisah saya berpakaian seperti lelaki.
“Saya tahu saya tidak boleh selama-lamanya begini. Satu hari nanti saya akan berubah. Jika ditakdirkan ibu minta saya kahwin dengan lelaki, saya akan paksa diri ini untuk berkahwin,” katanya.
Seorang lagi pengkid yang mahu dikenali sebagai Asni, 25, berkata dia berasa lucu dengan pengharaman itu kerana percaya pihak berkuasa, terutama jabatan agama, belum tentu dapat mengambil tindakan meskipun ada pasangan pengkid sudah lama tinggal sebumbung.
Dia mengakui, sejak bertukar ‘wajah’ menjadi lelaki selepas tamat sekolah, dia hidup bahagia kerana memiliki pasangan sejenis dan mereka saling menyintai sejak dua tahun lalu.
Mereka kini tinggal sebumbung bagaikan pasangan suami isteri di sekitar Ampang selama hampir satu tahun.
Katanya, sejak pengharaman itu diumumkan, dia dan kekasihnya berusia 22 tahun mengambil keputusan untuk terus tinggal bersama dengan alasan tiada tindakan boleh diambil kerana mereka sesama wanita.
“Buat masa sekarang saya tak hendak ambil tahu (pengharaman itu). Saya tahu jalan yang kami pilih salah dan berdosa. Namun saya tidak dapat hendak mengubah naluri diri sejak kecil. Apa mereka (pihak berkuasa) boleh lakukan?
“Adakah kami boleh ditangkap atas kesalahan menjadi pengkid? Bukan sewenang-wenangnya tindakan boleh diambil,” katanya yang bertubuh kurus, kulit putih dan berambut pendek kemerahan.
Sambil memeluk mesra pasangannya yang ada bersama ketika itu, Asni berkata, setakat ini kehidupan yang dilalui bersama kekasihnya tidak berubah dan berjalan seperti biasa.
Katanya, saban hari dia dan pasangannya masih melakukan rutin harian seperti biasa seperti keluar bersama pengkid lain, mengunjungi kelab ‘snooker’ dan pusat hiburan.
“Saya sudah fikir masak-masak, apa sebenarnya yang perlu saya takutkan? Lebih baik saya jalani hidup seperti biasa dan bergembira bersama rakan lain.
“Begitu juga ketika di rumah bersama kekasih, tiada apa perlu berubah antara kami. Takkan kerana isu ini dibangkitkan, saya perlu tidur bilik berasingan dengannya.
“Walaupun naluri saya begini, fizikalnya saya tetap wanita. Ketika ini saya bersekedudukan dengan wanita juga, apa yang hendak ditakutkan. Sebab itu ada baiknya saya tidak berfikir mengenai itu,” katanya yang berasal dari Perak.
Menurutnya, pihak berkuasa juga terlepas pandang mengenai satu lagi budaya pengkid iaitu lesbian yang menjadi pasangan atau kekasih pengkid.
Katanya, golongan terbabit mengekalkan ciri-ciri kewanitaan, berpakaian wanita tapi naluri dan keinginan seksual mereka hanya pada wanita juga.
“Sejauh mana pun tindakan diambil, ia tidak mengubah apa-apa. Mungkin boleh mengubah cara pengkid berpakaian. Apa pula ceritanya jika ia sekadar imej luaran tetapi dalaman masih naluri sama,” katanya.
Seorang lagi pengkid bernama Jas, 22, juga mempertikai fatwa pihak berkuasa dengan alasan mereka hanya berpakaian seperti lelaki tetapi tidak melakukan jenayah seperti mana pihak lain.
“Kami tidak merogol, tidak mencuri atau melakukan jenayah besar seperti membunuh. Yang kami buat ialah keluar dengan rakan, ‘enjoy’, lepak dan minum, itu saja,” katanya yang memiliki seorang teman wanita dengan rupa paras menawan.
Ditanya mengenai keputusan MFK, Jas berkata, dia membincangkan perkara itu dengan rakan pengkid lain, namun mereka tidak ambil peduli kerana ia sekadar fatwa.
“Kita lihat dalam kes lain seperti pondan atau gay, mereka juga melakukan kesalahan, tetapi kenapa sampai hari ini masih wujud. Pada saya, biar apapun mereka nak buat, itu hak mereka,” katanya yang menyedari hidup mereka bergelumang dosa dan menjalin hubungan luar tabii bersama pasangan sejenis.
Awi, 21, pula berkata, walaupun akur dengan pengharaman budaya itu, dia tidak kisah sekalipun ada rakan sekerja dan keluarga memandang serong terhadapnya.
Dia yang kini tinggal serumah dengan rakan pengkid sekitar Sentul juga nekad untuk meneruskan kehidupan sebagai pengkid kerana menganggap pengharaman itu bukan penghalang untuk mereka mengekalkan gaya hidup dan berkumpul bersama pengkid lain.
“Saya tidak peduli (pengharaman) itu semua! Saya tahu siapa diri saya. Jika ada pengkid hendak berubah kerana isu ini, itu urusan mereka.
“Saya percaya, jika hendak berubah atau tidak, biar lahir daripada kerelaan hati. Itu yang seelok-eloknya, bukan kerana desakan dan paksaan,” katanya yang mengakui pernah berniat membunuh diri kerana dibuang keluarga apabila diketahui menjadi pengkid.
Seorang lagi pengkid, Joey, 24, dari Johor, berkata dia keliru dengan jalan hidup dipilih, ditambah pula bergelumang dosa menjalin hubungan sesama jenis sejak tamat persekolahan.
“Namun, inilah perasaan dan keinginan naluri sebenar saya. Saya terima hakikat, saya tetap wanita walaupun penampilan seperti lelaki.
“Namun, saya sukar menerima kehadiran lelaki dalam diri saya. Perasaan saya hanya untuk wanita. Memang sukar untuk dijelaskan,” katanya yang kini tinggal bersama ‘kekasih’ songsangnya di Wangsa Maju sejak 2006.
Begitupun, katanya, sejak pengharaman itu diumumkan dia turut terkena tempias apabila keluarga dan rakan mula menyisihkan dirinya.
“Keluarga yang mulanya tak kisah kini buruk sangka dan keliru dengan penampilan saya begini. Mereka malu dan tidak mahu terima diri saya jika tidak mahu berubah.
“Begitu juga rakan di pejabat, kadangkala saya tidak tahan diperli dan diketawakan kerana penampilan begini. Semua orang di sekeliling memandang serong. Namun sukar untuk berubah kerana naluri ini membelenggu saya,” katanya.
Ciri-ciri:
Pengkid
> Berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup)
> Tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki
> Menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks
> Membengkung payudara
> Suka wanita cantik
> Menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu
Tomboi
> Perwatakan seperti lelaki
> Ada perasaan terhadap lelaki
> Bukan lesbian (suka sesama jantina atau pengkid)
> Minat terhadap aktiviti lasak dan mencabar
> Ada sikap kasar dan ganas
Lesbian
> Perwatakan sama seperti wanita sejati
> Homoseks (lesbian)
> Memiliki sikap cemburu
> Suka wanita cantik

















16 responses to "Pengkid Cabar Fatwa"
oh, the pics!!
we have a pengkid/tomboy minister. why dont we start on that first.
adoyai..
pakai tudung tp pengkid..
baik jadi awek aku..
hahaha.. tu sume cakap org xde agama je tu.. dalam islam haram ttp haram! nk sangat jadi isi neraka la tuh...
Setiap manusia dijadikn dgn kebaikan dan keburukan dlm dri masing².Manusia lazimnya bersikap prejudis.Pengkid,mak nyah,gay hnya manusia biasa yg mempunyai kecenderungan luarbiasa..kepada manusia yg 'straight',adakah kamu sempurna?Adakah hati kamu bersih dr sifat mazmumah?kalau ingin mengubah,biar dr jiwa..bkn dr tindakan yg akn memburukkan lg keadaan..
kalau da jahil 2 ckap apa pun x mkan saman...memhami konon,hahaha..
aku sgt benci golongan ini. bodoh!!! tak kira, pengkid mahupon lesbo, begitu juga gay dan mak nyah. mcm nak kembali ke zaman jahiliah dulu.
tetapi aku doakan moga hati dorg cepat2 terbuka untuk bertaubat..
dowg bkn bodoh la wei...
xbaek benci...
bkn ngan perli dowg cr nye bley ko wat dowg insaf...
bg la dowg smangat tuk berubh..
dowg pown manusia..
ada perasaan..
mayb i2 pown bkn khendak dowg nk jd cm tu......
mgkn mentaliti msyrkt perlu d ubah..
bawa glgn ini ke pangkal jln..
dgn cara yg lembut bkn dgn kkasaran mreka ini akn dgr kata..
mreka bkn glgn yg ganas jika kita blmbut dgn mreka..
manusia x akn dpt ubah dri dlm skelip mata tp mgmbil msa..
sbgai msyrkt kta ptt sokong mreka yg ingin kmbali ke pgkal jln..
renungknlah...
salam
hmmmm pengkid skang da xsetypical yg org semua tahu..
dah xsemestinye rambut pendek n ikat dada oki..
macam2 kan skang nie.. hmmmm
WOW..ada jugak bnda ni kat malaysia kn..yg paling menyedihkan is semua ni byk berlaku dikalangan org melayu..sorry to sayy..smpai berani nak cabar fatwa..mmgla jabatan agama xdpt nk tngkap..tp Allah tu maha melihat..diorang semua ni xtakut ke? ya allah..tp klo korang snggup tanggung dosa2 besar tu..snggup masuk neraka..den up to korang la..u know what ure doing..klo dorg snggup tanggung, den let them..tp jgn kt neraka nanti jerit2 mintak tolong pulak ye..
hmm..pepe pun, as a muslim, saya doakan sume pengkid2 ni, diberi hidayah utk berubah..tp kte xleh tunggu je hidayah tu nk dtg kn..kena ada usaha gak..soo ini usaha saya as a muslim..so if tuhan tanya sye nnti..'apa kamu buat ble kaum kamu sendiri jd pengkid', at least sye leh kata sye doakan dorng utk berubah..den xdela rasa bersalah sgt kn..soo..semoga korang2 sume berubah..InsyaAllah..its not too late yet.
salam..
setiap manusia ada hak untuk memilih cara hidup mereka sendiri..diberi akal fikiran oleh yang Maha Esa untuk berfikir..kalau nak nasihat orang memang tak salah..tp biar pada tempatnya..dan terpulang pada mereka untuk menilai..
sy disini bukan nk berckp mengenai isu anda...tetapi mengenai material yg anda gunakan...harap maklum...gambar atas tuh dah disalah gunakan..insaflah manusia yg mencuri harta benda org lain..saya antara yg berada ditempat tu semasa gambar yg diatas tuh diambil..deduanya bukan pengkid atau lesbian..mereka seolah2 bercium...tetapi tidak..mungkin anda tidak percaya..tapi terpulang pada anda..itu hak anda..cuma sebagai manusia..kita dah diajar untuk selidik dahulu kebenaran baru berckp mengenainya...tak sedar ke korg dlm masa yang sama dah menyebarkan fitnah..membesarkan sesuatu perkara yang korg sendiri tak tawu cerita sebenar...sekiranya anda tdak berhak keatas gambar tersebut...sila sedar...anda juga tidak mempunya hak untuk menggunakan gambar seperti diatas untuk disiarkan seolah2 milik anda sendiri..sila pegi belajar cara meletakkan sumber gmbr tersebut..dlm erti kata lain..pegi blajar buat citation or reference...sekiranya gambar mcm tuh pun anda nak curi...anda tidak layak untuk bersuara mengenai keburukan org lain..kerana secara tidak sengaja telah menunjukkan kelemahan anda sendiri...
blajar lah hak asasi manusia...atau mungkin anda dah biasa mencuri gambar org seperti membeli dvd cetak rompak??..
fikirkan....
xbaik ckap mcm tue sbb xrasa apa yg dorang rasakan,,boleh la ckap mcm tue,,jgn salakan dorang kalau naluri dorang lelaki sepatutnya mak bapa berikan didikan agama yg kukuh lg agar dorang berubah,ni semua didikan agama kurang,,
hai....i rasa macam individu les,pengkid tak pernah padam.aku tengok derang ni cam aku gak dulu.tapi skang aku dah insaf.tapi kan....ini pasal perasaan.bukan kita buat2.aku pun ada awek dulu...tapi yang heran napa,diaorangpun suka kita ekk? les..ni kan,suka awek cantik je tau..betul..cantik dan bijak.itu taste akula.apa komen korang hah?
aku kat skolah asyik2 dilebelkan les.sbb aku agak2 tomboy la..kasar kan..cara bcakap sume..owang pun nek takot ngan aku kdang2 tp aku tataw la kan golongan nih..(trmasuk aku ke?)manusia biasa jugak..cuma mgkin ada laen ckit ngan yg straight nih..kwn2 aku ada gak yg penk tp dorang xlah seteruk mana pun..kbanyakannya dri latar blakang kluarga yg mgkin pahit tuk dorang