Fiq Online telah menyertai pertandingan "Blog For FT" iaitu satu peraduan untuk menggalakkan orang ramai memblog mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Fiq Online harap pelawat dan peminat website fiq online "VOTE" fiq sehingga ke peringkat akhir.


Terima Kasih Kepada Pelawat Fiq Online kerana sudi melawat website ini.

Sponsor Link By Fiq Online


Sponsor Link By Fiq Online









    follow me on Twitter

    1:07 PM | Posted in , ,



    Terima kasih kepada forumer. Kami rasa ini dapat melega’kan peminat Kelantan yang tempoh hari kecewa dengan kekalahan mereka, harap dapat diubati dengan ada’nya beberapa set gambar Fasha Sandha sebagai penyokong Kelantan. Cuma kami tidak beberapa pasti, adakah Fasha datang bersama rakan-nya, atau pun bakal suami seperti yang di’war-warkan? Haa, andai kau yang berada di stadium tahu, apa kata berkongsi cerita dengan kami?


    Links to this post
    12:54 PM | Posted in ,


    Cemburu buta seorang pengkid membuatkan dia sanggup mengurung teman wanitanya seharian dan mengugut mencederakan ‘kekasihnya’ itu jika mangsa melarikan diri di sebuah rumah di Hatta Square, Jalan Pandan Mewah, Pandan Indah, dekat sini, Rabu lalu.

    Bagaimanapun, suspek berusia 30 tahun itu akhirnya ditahan polis selepas seorang rakan menyedari mangsa menghadapi masalah kerana tidak datang bertugas dan gagal menghubunginya.

    Rakannya itu yang mengetahui mangsa yang bekerja sebagai jururawat mempunyai hubungan dengan suspek kemudian mengesyaki kemungkinan dia tidak dibenarkan keluar oleh pasangannya itu lalu menghubungi abang mangsa serta menceritakan kejadian terbabit sebelum membuat laporan polis.

    Difahamkan, pasangan berkenaan saling mengenali sejak lima tahun lalu dan suspek sebelum ini pernah melakukan perkara sama kerana terlalu cemburu melihat pasangannya itu berkawan dengan orang lain.

    Selain itu, mangsa sentiasa dikawal suspek yang langsung tidak membenarkannya keluar dari rumah dan jika mahu keluar suspek sentiasa menemaninya.

    Menurut sumber polis, suspek bekerja di sebuah kafe di Petaling Jaya dan seorang yang kuat cemburu selain bersikap panas baran.

    “Siasatan mendapati, mereka tinggal menyewa bersama di rumah berkenaan dan suspek bertindak di luar kawalan kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan orang lain.

    “Suspek sebelum ini pernah melakukan perkara sama dan mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa jika tidak mahu dicederakan,” katanya.

    Menurutnya, sepanjang seharian dikurung, mangsa mengalami kecederaan di dahi serta kepala akibat dipukul dengan tali pinggang, penyangkut baju dan botol syampu,” katanya.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan juga tangkapan yang dibuat.

    “Siasatan awal mendapat suspek cemburu kerana mangsa berkawan dengan orang lain dan dia juga dikatakan suka mengongkong kehidupan mangsa.

    “Suspek kini ditahan reman sehingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya.


    ��
    Links to this post
    12:49 PM | Posted in



    Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik penasihat ekonomi kepada kerajaan Selangor berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam.

    Berucap menggulung perbahasan Bajet 2010 Kerajaan Selangor semalam, Khalid berkata pelantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, dengan bayaran elaun tetap RM1 sebulan, akan membantu menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan di Selangor.

    “Pelantikan ini dibuat atas kapasiti Datuk Seri (Anwar), yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan. Saya percaya beliau akan dapat membantu saya dan kerajaan negeri menguruskan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat di Selangor dan kelayakan beliau tidak boleh dipersoalkan,” katanya.

    Category:
    ��
    Links to this post
    12:45 PM | Posted in



    Cemburu buta kerana mengesyaki teman wanita keluar dengan lelaki lain ke disko, seorang lelaki sanggup bertindak ganas menjadikan kekasihnya sebagai tebusan selain melepaskan tiga das tembakan bagi meluahkan rasa amarahnya, semalam.

    Lelaki terbabit yang menyambut hari jadi ke-23 semalam menyerang kekasihnya berusia 35 tahun kerana tidak dapat menerima hakikat wanita itu bermain kayu tiga.

    Kejadian tebusan lebih 30 minit itu berakhir apabila lelaki terbabit yang pernah bekerja sebagai pengawal peribadi orang kenamaan (VIP) menyerah diri selepas diberi kata dua polis yang mengepung tempat kejadian.

    Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata dalam kejadian jam 12.24 tengah hari itu, suspek pergi ke salun kecantikan dan dandanan rambut milik teman wanitanya di Ampang Water Front, di sini.

    Difahamkan, suspek yang berasal dari Pulau Pinang naik ke tingkat atas salun terbabit untuk bertemu kekasihnya yang ketika itu ditemani dua pekerja wanitanya.

    Menurutnya, pasangan terbabit bertengkar dipercayai berpunca daripada krisis peribadi menyebabkan dua kakitangan salun berkenaan melarikan diri ke tingkat bawah bangunan dua tingkat itu.

    “Mungkin kerana tidak dapat menahan marah, suspek mengeluarkan sepucuk pistol sebelum melepaskan tiga das tembakan rambang yang mengenai dinding dan siling dalam salun berkenaan.

    “Bunyi tembakan itu menyebabkan orang ramai yang berada berhampiran premis berkenaan terkejut sebelum memaklumkan kepada polis Ampang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

    Menurutnya, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, bergegas ke situ sebelum mendapati wanita terbabit dijadikan tebusan suspek yang enggan menyerah diri.

    “Susulan itu, polis diketuai Asisten Superintendan Kamal Khan Mohd Shariff cuba berunding dan menggunakan kaedah diplomasi untuk memujuk suspek menyerah diri sebelum lelaki itu akhirnya akur dan meletak senjata lima minit kemudian.

    “Polis yang melakukan siasatan susulan merampas pistol milik suspek selain tiga peluru hidup yang cuba disembunyikan dalam cerek elektrik di salun berkenaan sejurus kejadian,” katanya.

    Menurutnya, polis masih menyiasat dari mana suspek memperoleh pistol model Walter automatik berkenaan dan memastikan sama ada dia mempunyai lesen untuk menyimpan dan menggunakan senjata api.

    Amiruddin berkata, suspek yang menjalin hubungan dengan mangsa sejak beberapa bulan lalu dipercayai bergaduh akibat cemburu sebelum berlanjutan kepada tindakan melepaskan tembakan liar.

    “Apa yang paling penting dalam peristiwa ini kejayaan polis menyelesaikan kes jenayah tebusan berkenaan tanpa pertumpahan darah atau menyebabkan kecederaan kepada mangsa, suspek atau polis.

    “Mangsa tidak cedera walaupun dijadikan tebusan lebih 30 minit,” katanya.

    Sementara itu, sepasukan anggota Forensik Selangor tiba di salun itu kira-kira jam 3 petang untuk menyiasat dan menganalisis kesan tembakan.

    Sementara itu, mangsa yang berambut perang dibawa turun anggota polis sejurus diselamatkan sebelum dibawa ke IPD Ampang Jaya dengan menaiki sebuah kereta mewah.

    Pada masa sama, suspek yang bertubuh tinggi dan bergari dibawa turun dari tingkat satu premis dalam keadaan kepalanya ditutup dengan tuala biru bagi mengelak wajahnya dirakam media.

    Seorang lelaki yang enggan namanya didedahkan berkata, kereta mewah terbabit miliknya yang dipinjamkan kepada wanita berkenaan beberapa hari lalu sebelum ia dipandu suspek.

    “Saya pernah lihat lelaki berkenaan beberapa kali, namun kami tak bertegur sapa berikutan perwatakannya yang tidak mesra. Saya hanya dimaklumkan kejadian ini tengah hari tadi dan tujuan saya hanya ingin mengambil semula kunci kereta saya yang bernilai lebih RM300,000,’ katanya.




    Category:
    ��
    Links to this post
    12:39 PM | Posted in


    Seorang pemancing, Sean Kinnear berjaya menangkap seekor ikan keli antara yang paling berat di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

    Dia yang berumur 27 tahun dari Hitchin bergelut selama 15 minit sebelum menangkap ikan keli seberat 107.95 kilogram (kg) di Sungai Ebro, Sepanyol baru-baru ini.

    Menurutnya, ikan itu muncul di permukaan dan kami semua terperanjat kerana ia sungguh besar.

    "Ia amat berat dan batang pancing bengkok. Saya berusaha untuk menariknya manakala empat orang terpaksa menariknya ke daratan," katanya.

    Sean yang memancing sejak berumur 12 tahun mengikuti bapa dan sepupunya untuk memancing dekat dengan bandar Mequinenza di Sepanyol.

    Ikan itu ditimbang untuk mengetahui beratnya sebelum dilepaskan semula ke dalam sungai.

    Sebelum ini ikan keli paling besar pernah ditangkap ialah di Sungai Mekong, Thailand dengan beratnya ialah 293kg pada 2005.
    Category:
    ��
    Links to this post
    12:36 PM | Posted in




    Datang dari Lembah Klang semata-mata untuk melakukan jenayah di Pulau Pinang.

    Namun belum sempat ia dilaksanakan, seorang lelaki yang dipercayai ketua Geng Deva mati ditembak polis di Pengkalan Weld berhampiran Flat Lebuh Noordin di sini semalam.

    Dalam kejadian pada pukul 3.50 petang itu, suspek, 37, mati selepas adegan tembak-menembak dengan polis yang mengekorinya dari Bukit Jambul.

    Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob, polis menerima maklumat tentang kegiatan beberapa kumpulan penjenayah bersenjata api di negeri itu dan hasil siasatan, polis berjaya mengesan seorang daripada mereka di Lebuh Raya Jelutong.

    "Polis cuba memintas kereta Perodua MyVi yang dinaiki suspek tetapi suspek telah melepaskan dua das tembakan ke arah polis.

    "Anggota polis membalas tembakan yang akhirnya membunuh lelaki terbabit dan polis menemui pistol jenis HK 9mm dengan dua kelopak peluru di dalam kereta suspek," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

    Category:
    ��
    Links to this post
    12:25 PM | Posted in



    Suruhanjaya Sekuriti (SC) berjaya menyelesaikan kes pelaburan haram terbesar dalam sejarah membabitkan sejumlah wang sebanyak RM31 juta yang akan dikembalikan kepada pelaburnya.

    Pengerusi SC, Tan Sri Zarinah Anwar berkata, penyelesaian tertinggi sebelum ini ialah kes dagangan dalaman Bernas berjumlah RM2 juta yang juga telah diagihkan kepada pelabur.

    Pembayaran yang mencatat sejarah itu adalah susulan penghakiman persetujuan yang dibuat dengan dua defendan pelaburan SwissCash dan ia akan digunakan untuk membayar balik kepada pelabur yang layak setelah mengalami kerugian daripada skim berkenaan.

    "Sehingga kini, kira-kira 3,000 orang telah membuat laporan kepada SC terutamanya dari Malaysia dan beberapa negara lain yang mendakwa mengalami kerugian dalam skim berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

    Pada 5 September 2006 pernah membongkar mengenai skim SwissCash atau Swiss Mutual Fund (1948) yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih 'meyakinkan' sehingga berjaya menarik RM190 juta wang rakyat Malaysia.

    Skim yang mengutip deposit awam itu bergerak secara haram dan tidak pernah mendapat kelulusan pihak berkuasa kerana operasinya yang menyalahi undang-undang.

    Menurut Zarinah, penghakiman untuk AS$83 juta (RM280.2 juta) itu merupakan jumlah yang dinyatakan dalam saman yang dikemukakan SC terhadap Albert Lee Kee Sien, Kevin Choo Mun Hoe dan Amir Hassan.

    SC memperoleh penghakiman persetujuan dengan Albert Lee dan Amir Hassan pada 6 November lalu dan mereka bersetuju membayar SC kira-kira RM30 juta yang akan digunakan untuk membayar balik wang pelabur.
    ��
    Links to this post
    12:08 PM | Posted in


    Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court di sini sejak 9 November lepas atas sebab-sebab kesihatan, menurut satu kenyataan dari Istana Negara malam tadi.

    "Oleh yang demikian, Baginda tidak dapat berangkat menghadiri semua majlis rasmi mulai dari tarikh tersebut.

    "Bagaimanapun, keadaan kesihatan baginda Tuanku telah beransur pulih dan dijangka akan dibenarkan keluar dari hospital dalam waktu terdekat," kata Istana Negara dalam kenyataan tiga peranggan itu.



    Category:
    ��
    Links to this post
    1:54 PM | Posted in


    RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

    Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

    Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.

    Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

    Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

    Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.

    Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?

    RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

    Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

    Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.



    RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa.

    Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

    Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

    Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.



    AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.

    Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

    Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

    Hentaman objek

    "Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

    "Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.

    "Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.

    Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

    "Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.

    "Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

    Perlanggaran galaksi

    Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.

    "Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.

    Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.

    Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.

    "Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.

    Fenomena alam berangkai

    Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

    "Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.

    Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

    Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

    "Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

    Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

    "Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

    Terma Kosmofobia

    Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

    "Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

    "Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.





    Category:
    ��
    Links to this post


    Fiq OnlinE Story

    Click Here




    Langgan Blog ini ke email anda, Secara PERCUMA!
    Masukkan email Anda :

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner


    Subscribe to Fiq OnlinE Story by Email